Saturday, 8 February 2014

Apa itu Jet Lag?


Hai guys..

Mesti banyak soalan yang terbit di fikiran korang bila terdengar atau ternampak orang tulis JET LAG? Jet Lag? Apakah? Disebabkan korang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi maka korang pun mula click di browser dan tanya pakcik google.. hehe.. Pada mulanya diri sendiri pun tidak pernah dengar perkataan tu.. Tapi selepas menonton cerita Oh My English! Hello America, barula tau rupa-rupanya ada perkataan tu.. hehehe.. Okla jom straight to the point!


Jet Lag merupakan satu sindrom perubahan zon waktu yang akan berlaku pada sesiapa yang merentasi beberapa zon waktu yang berbeza. Ini akan dapat diperhatikan apabila mengalami gangguan tidur.. Ia juga boleh disebabkan oleh gangguan terhadap tubuh badan kita.. Selama ini badan kita sudah terbiasa dengan masa untuk bangun dan tidur dan apabila kita berada dinegara yang berlainan zon waktu sama ada zonnya cepat atau lambat dari zon waktu kita dinegara sendiri ini sekaligus akan menyebabkan sistem badan kita akan terganggu dan akan lebih berpontensi diserang jet lag.



Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ia akan memberi kesan terhadap jadual yang kita telah sediakan sama ada untuk pergi bercuti atau atas sebab urusan. Selain daripada mengalami gangguan tidur terdapat beberapa tanda-tanda lain yang boleh periksa sama ada korang dah terkena sindrom jet lag nie atau tak.. hehe.. Antaranya ialah:

  • Pening kepala
  • Keletihan atau kelesuan
  • Despresi
  • Otot menjadi kram
Bagi mereka yang mengalami jet lag ini ada cara yang saya ingin kongsikan antaranya:

  • Pertama sekali, korang mestila mempersiapkan diri dengan perubahan zon waktu negara yang korang nak pergi. Sebagai contoh,  mengubah jam tidur 2 atau 3 hari sebelum pergi. Jika korang ke timur, ubah jadual tidur korang sejam lebih cepat dari zon waktu yang akan korang lawati begitu juga jika sebaliknya.
  • Sentiasa minum air yang banyak ketika berada dalam pesawat. Ini kerana dihidrasi disebabkan udara yang kering ketika berada di dalam pesawat juga merupakan salah satu sebab terjadinya jet lag.
  • Ketika berada di dalam pesawat, apabila sudah malam, usahakan untuk tidur meskipun belum mengantuk dan sebaliknya.
  • Terakhir sekali, setelah sudah tiba di negara tersebut, berusaha untuk terus menjalankan aktiviti di siang hari dan sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan sekeliling.

Perbezaan zon waktu disetiap negara 
Sekian dulu perkongsian dengan korang.. semoga apa yang dikongsi dapat membantu.. mungkin kartun dibawah nie boleh membantu korang memahami apa itu JET LAG?


No comments:

Post a Comment