Friday, 21 February 2014

Stress!! Stay Away From ME!!

Hai guys..

Tajuk bukan main lagi kan.. Nampak sangat stress disitu.. kekeke.. Secara jujurnya sekarang nie memang rasa macam tengah stress jugak.. So tinggalkan keje kejap dan berblog.. hahaha.. Hari ini nak kongsi macam mane nak kurangkan stress.. Kajian ada menunjukkan sebanyak 70% manusia mengalami stress nie.. Jangan korang ingat orang yang berkerja dan belajar je yang akan mengalami stress malah suri rumah pun boleh mengalami stress nie tau.. ok-ok.. cukupla intronya.. so apa tip untuk mengawal stress nie.. Jom check it out!


1. Think positif!


Ni pun saya selalu buat.. Kadang-kadang terlupa juga nak ingatkan diri dan susah nak puaskan hati yang semua tu just simple and take easy!

2. Let rock and roll!


Muzik juga boleh give you calm and relax.. Bagi saya kadang-kadang sangat membantu.. Kadang-kadang serabut pulak kepala.. hahaha : P So ikut situasi seseorangla..

3. Berzikir.

Berzikir dapat menenangkan diri sekaligus diberikan pahala bagi siapa yang membasahkan lidah dengan zikrullah.. Setiap kesusahan yang dihadapi dah dugaan pasti ada jalan penyelesaiannya.. Mungkin kesusahan yang datang itu sebagai pengampun dosa kita mahupun sebagai kasih sayang Allah menguji kita. ;)

4. Menangis

Yes! betul tu.. Menangis bukan sebab mereka lemah tetapi mereka mmemerlukan kekuatan untuk jangka masa yang panjang.. Kadang-kadang menangis boleh meredakan perasaan kita sama ada stress, kecewa, mahupun sakit hati. Jadi tidak salah untuk menangis kerana ia merupakan salah satu terapi jiwa..

5. Shopping! 

Ini paling beri terapi jiwa.. hahaha.. shopping juga memberi kita ketenangan bila stress.. tapi jangan membazir pula.. Stress lain pula yang datang.. hahaha.. Tipula kalu kata orang perempuan je suka shopping sebab orang lelaki pun suka menghabiskan duit sama ada di shopping mall atau di kedai assesari kereta.. hahaha. Bagi yang tengah pokai kiranya window shopping jela.. hahaha.. nanti stress tahan nafsu nak beli pulak kan.. kuangkuangkuang..

6. Bersenam


Selain dari terapi jiwa, terapi badan juga penting sekaligus dapat menjaga kesihatan.. buat korang yang stress sebab badan asyik naik je bolehla amalkan nie.. selain dapat menjaga kesihatan, kita boleh hirup udara yang segar, dan usha orang.. hahaha.. mane tau ada yang tersangkut.. kehkehkeh

7. Luahkan pada sahabat


Dengan seorang yang bergelar sahabat, kita boleh berkongsi sebarang masalah.. pilihlah sahabat yang selalu berfikiran positif kerana dia akan mempengaruhi keputusan kita dan sekaligus memberi harapan baru serta semangat kepada kita

So that all tips yang boleh saya kongsi dengan korang.. Semoga korang boleh amalkan dan akan memberi semangat baru bagi setiap masalah yang korang hadapi! wish you all the best and take it easy!



Saturday, 8 February 2014

Apa itu Jet Lag?


Hai guys..

Mesti banyak soalan yang terbit di fikiran korang bila terdengar atau ternampak orang tulis JET LAG? Jet Lag? Apakah? Disebabkan korang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi maka korang pun mula click di browser dan tanya pakcik google.. hehe.. Pada mulanya diri sendiri pun tidak pernah dengar perkataan tu.. Tapi selepas menonton cerita Oh My English! Hello America, barula tau rupa-rupanya ada perkataan tu.. hehehe.. Okla jom straight to the point!


Jet Lag merupakan satu sindrom perubahan zon waktu yang akan berlaku pada sesiapa yang merentasi beberapa zon waktu yang berbeza. Ini akan dapat diperhatikan apabila mengalami gangguan tidur.. Ia juga boleh disebabkan oleh gangguan terhadap tubuh badan kita.. Selama ini badan kita sudah terbiasa dengan masa untuk bangun dan tidur dan apabila kita berada dinegara yang berlainan zon waktu sama ada zonnya cepat atau lambat dari zon waktu kita dinegara sendiri ini sekaligus akan menyebabkan sistem badan kita akan terganggu dan akan lebih berpontensi diserang jet lag.



Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ia akan memberi kesan terhadap jadual yang kita telah sediakan sama ada untuk pergi bercuti atau atas sebab urusan. Selain daripada mengalami gangguan tidur terdapat beberapa tanda-tanda lain yang boleh periksa sama ada korang dah terkena sindrom jet lag nie atau tak.. hehe.. Antaranya ialah:

  • Pening kepala
  • Keletihan atau kelesuan
  • Despresi
  • Otot menjadi kram
Bagi mereka yang mengalami jet lag ini ada cara yang saya ingin kongsikan antaranya:

  • Pertama sekali, korang mestila mempersiapkan diri dengan perubahan zon waktu negara yang korang nak pergi. Sebagai contoh,  mengubah jam tidur 2 atau 3 hari sebelum pergi. Jika korang ke timur, ubah jadual tidur korang sejam lebih cepat dari zon waktu yang akan korang lawati begitu juga jika sebaliknya.
  • Sentiasa minum air yang banyak ketika berada dalam pesawat. Ini kerana dihidrasi disebabkan udara yang kering ketika berada di dalam pesawat juga merupakan salah satu sebab terjadinya jet lag.
  • Ketika berada di dalam pesawat, apabila sudah malam, usahakan untuk tidur meskipun belum mengantuk dan sebaliknya.
  • Terakhir sekali, setelah sudah tiba di negara tersebut, berusaha untuk terus menjalankan aktiviti di siang hari dan sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan sekeliling.

Perbezaan zon waktu disetiap negara 
Sekian dulu perkongsian dengan korang.. semoga apa yang dikongsi dapat membantu.. mungkin kartun dibawah nie boleh membantu korang memahami apa itu JET LAG?


Friday, 7 February 2014

Cara Membuat Password Pada Pendrive

Hai guys...

Hari tu tengah godek-godek pakcik google.. lepas tu terjumpala satu blog iaitu lepak bersama afiq.. Satu entry yang menarik perhatian saya ialah dekat pendrive pun boleh buat password.. baru tau.. hehe.. jadi saya pun cubala.. Bagus juga kalu ada password nie.. Bila hilang ke apa tak bolehla pencuri berkenaan mencuri file yang ada dalam pendrive..

Ok, dah-dahla intro.. hehe.. Sekarang nak kongsi cara untuk membuat password pada pendrive..

Step 1

Tekan Start -> Control Panel -> System and Security




Step 2

Tekan BitLocker Drive Encryption





Step 3

Tekan Turn On BitLocker kat pendrive yang korang nak buat password




Step 4

Tulis korang punya password




Step 5

Tekan 'Save the recovery key to a file'


Step 6

Bila korang dah save, dia akan kluar macam nie

Step 7

Tekan 'Start Encrypting'


Step 8

Tunggu lebih kurang 5-10 minit



Step 9

Done!


Credit: lepakbersamafiq

Wednesday, 5 February 2014

New Born!

Hai guys..

Salam perkenalan semua.. So nie adalah new baby blog for me.. hehe.. Dari tahun lepas lagi tetiba rasa nk berblog nie.. Saya bukan baru sangat dalam bidang berblog nie.. just sebagai hobi bila rasa stress or bosan gituu.. hahaha.. Terutamanya bila menghadapi cuti sem macam nie + sibuk dengan tesis.. memang nak cari benda lain nak buat bosan mengadap jurnal je.. huhu *mcmla baca sangat.. kehkehkeh..

Dulu penah jugak terjebak dengan dunia blogging nie.. Tapi sebabkan malas mengupdate, terus delete.. So harap ngan blog baru semangat baru akan datangla.. hahaha..

Sebagai permulaan berbloging nie, biasala mesti nak berhias-hias dulu blog kita biar sedap mata memandang.. Biasala orang pompuan mesti nak makeup-makeup dulu baru cantik.. Oleh disebabkan itula, seharian suntuk saya mengambil masa nak add tula, nak remove tula.. so banyak jugakla blog-blog yang menjadi rujukan.. bila dah blogwalking nie, dapatla ilmu sikit pasal nak menghias blog nie.. hehehe.. walaupun tak gempak tapi tetap puas atila.. hehe..

Kat sini saya nak share link dengan korang yang boleh jadikan rujukkan bagi sesiapa yang baru macam saya.. hehe.. bolehla tambah-tambah makeup korang punya blog..
Blog lyssa dan kak masrina nie memang best sebab kebanyakkan yang saya nak tau dia dah buat tutorial.. thank alot! very helpful.. hehe

Sampai setakat nie jela coretan kali nie.. semoga blog nie akan memberi manfaat kepada semua.. Last but not least Welcome to my life! see yaa.. xoxo